Wednesday, March 28, 2012

Bukan Kehendakku Jua

..................................................................................

...maafkan diriku...
atas segala kekhilafanku masa lalu
walau bukan itu kehendakku
..namun..
mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku

aku sentiasa mendoakanmu
agar dapat yang lebih sempurna dariku
.....walaupun.....
..bukan saat ini..
mungkin saat itu akan tiba suatu masa nanti
walau bukan yang dipinta
tetapi yang mendatang

.....ku mohon.....
kau selitkanlah kemaafanku buat dirimu
walau itu mungkin sukar bagimu
..tetapi..
maafkanlah aku
diri kutahu
sukar untukmu
melemahkan egoku terhadap dirimu

...zahirnya...
andai jodoh kita untuk berjumpa lagi
senyuman untukmu akan terukir bersama
mungkin bukan atas nama cinta
.....tetapi.....
atas nama sahabat
sahabat yang akan sentiasa menyokong dirimu di sana

.....tetapi.....
di sini ingin kukatakan
kita mungkin takkan mampu bersatu
kerna itulah fitrah kehidupan manusia
...iaitu...
kadang-kala kita di atas
kadang-kalanya jua kita di bawah
maafkan aku
maafkan aku
maafkanlah aku

 mungkin cinta ini bukan milik kita
...tetapi...
milik Allah Yang Maha Esa

...........................................................................


No comments: