Saturday, February 11, 2012

Bintang Itu Milikku



Sememangnya 'Bintang Itu Milikku'
hihihihihi

alangkah indahnya
jika benar bintang itu boleh digapai
boleh dimiliki
^____^

maaf...saja nak buat mukadimah sikit awal-awal....hihihihi....sebenarnya....'Bintang Itu Milikku' merupakan salah satu novel karya Arfa Ardiya.....dalam tahun nie Eyz mula dah berjinak-jinak dengan novel-novel nie....makin hari makin suka pulak Eyz...hihihi

Novel 'Bintang Itu Milikku' nie bez sangat tau.....novel nie banyak berkisarkan kisah hidup seorang gadis....bermacam-macam cabaran dan ujian yang dia alami tapi dia tetap cekal untuk menghadapi kehidupannya....nie Eyz selitkan sinopsis bagi novel nie tuk korang...ehhheee

:: SINOPSIS ::

.............................................

Ketenangan yang terpamer di wajahnya tidak menggambarkan sekeping hati yang dimiliki oleh insan bernama Husna Nusrah. Di sebalik kelembutan dan ketegasan itu, tersembunyi satu konflik dalaman di dalam dirinya. Selama 29 tahun, dia hidup bagai orang terbuang dan tersisih daripada keluarga sendiri. Namun kerana tanggungjawab, dia terpaksa menjaga orang yang begitu tegar menyakiti hatinya sedangkan kasih sayang untuk insan bergelar ibu telah lama mati.

Dalam Nusrah berperang dengan perasaan sendiri, kehadiran Akiff sebagai jiran telah berjaya membuatkan hati kerikilnya kenal apa makna pengorbanan seorang ibu. Keprihatinan Akiff juga berjaya membuatkan Nusrah mengakui cintanya milik lelaki itu. Namun, setiap kisah cinta ada cabarannya tersendiri. Kehadiran Asnidah, telah membongkar satu rahsia yang disimpan kemas oleh Akiff. Hanya kerana kenangan lama, api cinta yang sedang membara seakan terpadam. Lafaz kata adakalanya tidak mencerminkan kata hati. Sanggupkah Nusrah membiarkan jiwanya terluka buat kesekian kali demi kebahagiaan orang yang disayangi? Dia rela menjadi bintang yang sentiasa berkerlipan menghiasi dada malam. 

.............................................

nak tahu penghujungnya dan jalan cerita novel 'Bintang Itu Milikku' lebih mendalam???boleh dapatkan novel nie di pasaran...Insya-Allah ada lagi tuuu...hihihihi




!!!!.....CEPAT-CEPAT JANGAN LAMBAT.....!!!!

"Bagi Eyz jalan cerita novel nie best sangat sangat!!!!!rugi tau kalau korang tak baca....ehhee"