Friday, January 27, 2012

Kasihannya kat Lydiahani


Inilah pertama kalinya Eyz baca novel dalam masa DUA HARI jaa...!!hahahaha....pecah rekod betul....kalau selalunya amik masa berminggu-minggu, berbulan-bulan nak habiskan bacaan....kekeke....mantapkan....ehheee

tapi Novel REDHA TAKDIR-MU nie memang sungguh menggugat perasaan Eyz betul....dari awal sampai akhir ceritanya buat Eyz nak sangat tahu apa akan terjadi seterusnya.....Eyz memang bagi lima per lima bintang untuk novel nie....sampai pembaca pun boleh naik angin baca novel nie....termasuklah Eyz...!!kekeke....

Eyz kasi tabik spring betul laaa kat watak Lydiahani dalam novel nie....sangat sangat penyabar orangnya....dipukul, dicaci, dibelasah, di macam-macamlah oleh suaminya, dia tetap sabar....memang patut pun kan tajuk novel nie REDHA TAKDIR-MU....hohohoho....

pengarangnya Juriah Ishak pun bijak dalam mengatur bab-bab bagi novel nie....suka...suka!!!ehhee...Eyz harapkan dapat teruskan hobi nie...nanti nak kena buat novel sendiri payah kalau tak berminat novel...btol tak??hhmmm....


SINOPSIS

...............................................

Soal jodoh dan perjalanan hidup manusia ditentukan oleh ALLAH S.W.T. Pelbagai dugaan diberikan untuk melihat sejauh mana manusia itu bersabar dalam menghadapi ujian-Nya.
Begitulah hitam putih kehidupan yang telah dilalui Lidyahani. Perkahwinannya dengan Idham yang panas baran dan kaki pukul menyebabkan dia merana dan hidup dalam ketakutan. Kekecewaan dan penderitaannya sebagai seorang isteri yang tidak bahagia telah menemukan dia dengan Syamil, yang berstatus suami orang melalui internet.
Tewas melawan fitrah seorang wanita yang mahu dikasihi dan dicintai, perasaan Lidyahani terhadap Syamil semakin mendalam. Hubungan ini diketahui oleh Idham dan dia dipaksa melupakan lelaki itu. Hati Lidyahani terus terluka bila cinta Syamil hanya kerana wang ringgit. Tapi, dia redha andai itu sudah tersurat dalam hidupnya.

....................................................

kalau korang baca sendiri novel nie, korang akan rasa macam-macam rasa...huhuhu....korang takkan menyesal kalau baca novel nie....BETUL....!!!itu jela yang Eyz boleh katakan....tapi....yang paling akhir kisah Lydiahani nie yang paling Eyz sebak sangat.....nak bagitau tak syok pulak....baca sendirilah yer...!!!ehee

"Esok Eyz nak pergi cari novel lain....ada blogger yang kata kat Eyz Novel Uda dan Dara besh....nak carilah esok kat MPH MidValley....nak ikut tak??jom...!!jom...!!!hihihihihi....tak sabar nak cuci mata kat MidValley esok nie....almaklumlah lama dah tak keluar dari tempurung kelapa nie kan....hihihi"


3 comments:

eVa said...

aie mena x best crita ya? mek mok carik juak eyh.. xtauk ada x kat kuch huuhu

yana said...

Yana tag awk untuk join bloglist nie...

yana said...

Yana tag awk untuk join bloglist nie...http://almiraalwani.blogspot.com/2012/01/bloglist-monster-rawr.html