Wednesday, June 1, 2011

Laskar Pelangi

Pernah dengar 'Laskar Pelangi' ??
mesti terbayang-bayangkan lagu Laskar Pelangi dari kumpulan Nidji kan
....tetapi....
entri MisEyz BLurz kali nie bukan pasal lagu
...tapi tentang...
Filem Laskar Pelangi 


bagi MisEyz BLurz kan
filem nie sesuai sangat tuk tontonan para guru 
mahupun bakal-bakal guru

Filem Laskar Pelangi ini mengisahkan perjuangan hidup sekumpulan kanak-kanak pinggiran untuk menggapai cita-cita mereka dan hubungan persahabatan antara mereka yang kukuh. Persahabatan yang terjalin dan semangat yang kental dalam kalangan 10 orang pelajar di sebuah sekolah sederhana yang serba kekurangan ini yang dinamakan Laskar Pelangi menjadi terus kukuh. Ibu Muslimah dan Pak Harfan yang setia mendidik mereka menjadi insan yang berguna pada masa hadapan walaupun pelbagai ujian dan cabaran yang terpaksa ditempuhi. Sekolah ini sering sahaja dipinggirkan. Namun, semangat tinggi ibu Mus dan Pak Harfan dalam mendidik anak-anak telah membuka mata orang kampung. Pada suatu masa, Pak Harfan meninggal dunia dan menyebabkan ibu Mus menjadi seperti seorang yang hilang semangat sehinggakan ia tidak pergi ke sekolah untuk mengajar anak-anaknya......


Adakah sekolah tersebut akan ditutup selepas itu?? 
Adakah kanak-kanak di situ terpaksa meleraikan impian mereka selama ini selepas itu??
...ingin tahu kisah seterusnya...
tontonlah filem ini

video

Turut dihasilkan melalui novel Laskar Pelangi sebelum diadaptasikan menjadi sebuah filem.  


:: sori...tak pandai nak promote...hahahaha ::

No comments: